Thursday, May 27, 2010

Engkau tetap bersamaku

Engkau tidak pernah membenciku,
jauh sekali meninggalkan aku.
Engkau ada di mana-mana,
hadir di setiap turun naik nafasku.

aku bukan aku yg dahulu


aku
bukan aku
yg kau kenal dahulu
setelah aku keliru
celaru
dan buntu
keranamu.

aku mahu belajar
mendengar
faham dan diam
hingga mataku pejam.

Wednesday, May 26, 2010

aku ada Dia


aku bukan siapa-siapa
 di mata dan juga di hati
 nyata atau sembunyi
 siang dan malam
 terang mahu pun kelam.

aku sudah tiada
 illusi atau nyata
 terlindung dan terbuka
 tercela lantas terluka.

siapa percaya
 siapa pun tidak menduga
 dalam tawa ade tangis
 senyum manis hati terguris.

aku diam
 aku pejam
 aku genggam

hampir aku terlupa
 Dia tetap ada
 tetap hadir
 dekat lagi hampir
 hingga saat akhir.

Monday, May 24, 2010

diam...dengar...


engkau mungkin saje terlupa
xsengaja atau ape juga.
aku hanya mahu cuba belajar
untuk diam dan mendengar

seperti melapah hati yg parah
atau meratah luka yg berdarah
merafak bagaikan telagah
biarlah aku mengalah
biarkan aku berserah.

Ya Tuhan, dugalah aku
ikut kemampuanku
cabar dan duga-Mu
jgnlah sampai aku
tidak mampu merayu
atau tidak mahu
mengharap pada-Mu.

Thursday, May 20, 2010

airmata oh airmata


aku tidak perlu dua cinta
aku telah punyai cinta yang meliputi segala.
tapi persis ada rindu
aku seperti keliru
untuk mendengar suara dan bicara
yang pernah suatu ketika
bercerita tentang cinta.

airmata oh airmata
usah menuruni pipiku
cuma kerana tidak terpenuhi rindu
atau pada perkara yang tidak menentu
nescaya merosak hati dan qalbu.

Tuesday, May 18, 2010

rahsia malam


malam itu serupa
pada rupa pada gelap pekat warnanya.
sebenarnya malam itu tidak sama.
pada rasa pada nikmatnya
pada yang biasa
pada yang tahu rahsianya.

jangan ucap "selamat malam"
yang bakal dihabisi dengan mimpi
belailah malammu
walau sampai kehujung waktu
bila nanti sampai suatu masa
indahnya tidak mampu kau cerita
dengan kata-kata.

Saturday, May 8, 2010

biarkan aku


biarkan aku tersenyum
biar tersimpan dan terkunci
luka dalam, dalam hati.
biarkan terpatri
biar sampai mati
hanya mahu aku kongsi bersama Illahi.

Saturday, May 1, 2010

akad cinta


kendati rindu itu bagaikan akad cinta.
maka ucaplah selalu rindu padanya.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?