Monday, October 18, 2010

Tidak Perlu Lagi Ragu

thanks to google pic.
Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang
Aku cuba menidakkan naluri
supaya rasa terpinggir itu
tidak rakus membakar diri.
Namun ia datang dan ia pergi
menguji dan terus menguji
tinggalkan aku termangu
pilu,
sayu.

Berkali sudah aku khabarkan
pedulikan akan harapan.
Kerana itu bukan satu nokhtah kehidupan.
Kerana kehidupan telah pun ditentukan.
Kerana tidak semua kehidupan penuhi harapan
atau
kerana tidak semua harapan penuhi kehidupan
dan akan ada ruang kecewa
dan akan ada rasa merana
dan akan ada jiwa tersiksa.

Aku akan cuba lagi
memberitahu hatiku
betapa besarnya cinta-Mu
mengatasi segala sesuatu
supaya aku tidak lagi perlu
ragu selepas itu.

orangbiasa\300408

Saturday, October 16, 2010

aku mahu persis burung

tidak pernah lupa bumi sekalipun mampu terbang tinggi
aku mahu persis burung
bukan kerana ingin bebas terbang
tapi senang dapat menyenangkan
mencari makan pagi dan petang
dan tidak pernah lupa sarang.

aku mahu persis burung
membesarkan anak sampai terbang
sekali pun tidak menjanjikan pulang

aku mahu persis burung
mengembirakan hati yang memandang
biar mereka lihat awan bila aku terbang
dan melihat laut tatkala aku menyelam
nikmati hijau hutan bila berkicauan

aku mahu persisi burung
yang tidak takut mati
kerana mati itu pasti
tidak takut pijak bumi
sekalipun aku mampu terbang tinggi.

orangbiasa\101010

Ya Rabb, kepada-Mu jua tempat sebaik-baik untuk aku kembali.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?