Tuesday, June 11, 2013

02 - hasrat tersirat

sambungan dari 01 - niat 

Rosli sering missed call Amy. ini mungkin salah satu cara Rosli untuk mengetahui samada Amy betol-betol minat mahu berkawan atau sekadar macam biasa-biasa berkawan di laman sosial. akhirnya Amy mengambil tindakan untuk menalipon nombor missed call yang tertera. bermula dari situ persahabatan mereka menjadi lebih intim. Amy yang sering terabai atas kesibukan sang suami sudah mula bercerita kesedihannya kepada Rosli. Amy yang selama ini seorang isteri yang menggenggam kukuh rahsia rumahtangga menjadi rapuh. bagi Amy apa salahnya masalah itu dikongsi cuma sekadar di talian dan di alam siber. itu adalah lebih baik daripada dia pergi berjumpa, berbual dan bercerita dan pasti mengundang masalah orang ke tiga. ayat-ayat nasihat Rosli bersertakan firman dan hadis menjadikan Amy semakin yakin menjadikan Rosli sebagai sahabat untuk mendapat pandangan serta nasihat. malangnya Amy tidak tahu tipu muslihat Rosli. apabila Rosli telah merasakan Amy benar-benar telah percaya terhadapnya, tibalah masanya Rosli menjalankan modus operandi seterusnya.

buat permulaan, Rosli minta Amy top up credit taliponnya dengan alasan dia tidak dapat ke kedai. Amy yang ketika itu memang berada di luar tidak ada prejudice terhadap permintaan itu lalu ikhlas berbuat demikian. bagi Amy, apalah sangat RM10/= kalau selama ini Rosli telah banyak memberinya nasihat serta kata-kata peransang untuk terus bertahan dan bersabar dengan masalah yang di hadapinya.

merasakan umpannya telah termakan oleh Amy, Rosli sudah mula upgrade tipu helahnya dengan meminta Amy memberi sumbangan seberapa ikhlas ke madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah agama pondok dengan online wang tersebut ke dalam akaun yang disertakan atas nama ustaz Lie yang mana akaun itu adalah akaun Rosli sendiri. namun, entah macamana, Amy tidak pulak terasa untuk berbuat demikian dan ini juga adalah pertolongan Allah terhadapnya yang memang benar-benar bersangka baik terhadap Rosli.

Rosli tidak berputus asa. kali ini dia sudah berani menyuarakan kata-kata mahu membuat joint venture business online dengan modal dan profit sharing. Amy yang tidak pandai di bidang e-bay ini teruja dengan cadangan Rosli. selain dari itu, Rosli sering meminta Amy recommendkan dia kepada mereka-mereka yang membolehkan dia membuat urusniaga atau kata mudah dia, Rosli sebagai supplier tetapi meminta Amy uruskan perniagaan itu dan Rosli sebagai backbone kepada perniagaan itu nanti. yang membuatkan Amy semakin pelik dan merasakan Rosli ambil kesempatan ke atasnya apabila sering mahu menjual barang-barang online atau e-bay kepadanya sehingga kadangkala seperti memaksanya.

entri seterusnya, bagaimana pertolongan Allah menyelamatkan Amy dari terus terperangkap dengan tipu daya Rosli.

...dan sebenarnya di dalam sedar atau leka, Allah sentiasa menjaga kita dan Dia sentiasa memberi kita yang terbaik sekalipun di saat perkara itu terjadi, ianya sangat bertentangan dengan kehendak serta naluri hati.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?