Tuesday, October 13, 2015

04 - belang

sambungan 03 - pertemuan yang tidak diduga.

Aku dan Amy setuju berjumpa di satu tempat. Amy jujur mahu menceritakan perihal Rosli kerana Amy tidak mahu ramai lagi wanita yang akan menjadi mangsa Rosli. Aku respect niat murni Amy. Betol juga kata Amy, syaitan di kalangan manusia ini sukar untuk kita differentiate. Aku diam, tunduk mengangguk tanda setuju.

Amy mulakan ceritanya dengan Bismillah. Bergenang airmata aku seketika. Sambung Amy lagi, Rosli sudah mula memaksa dia membeli barang online yang diterajuinya. Sudah mula mengadu hal-hal business onlinenya yang makin tidak menjadi.Hinggakan Rosli pernah meraih simpati kononnya dia terpaksa menjual qitarnya kerana sudah tidak berduet untuk makan dan minum. Manis mulut ayat merayu Rosli menjerat Amy juga akhirnya. Di samping membeli secara paksa rela produk yang dijual Rosli, Amy juga mengaku pernah online duet untuk belanja Rosli.

Banyak ke yang awak kasi ke dia? Lebih pantas dari kilat soalan aku kepada Amy. Haishhhh...aku pulak yang lebih meroyan dari si Amy. Aduh...memang sabar betol budak ni. Baik macam ni pun tetap jugak Allah duga. Allahuakbar.

Sambung Amy lagi, Rosli pernah minta duet darinya konon-kononnya lap-top dia buat hal. Mulanya dia minta untuk beli lap-top baru. Bila Amy banyak tanya, dia setuju untuk repair sahaja. Amy sudah mula tidak sedap hati atas kekerapan Rosli meminta duet daripadanya. Bukan dia lokek tetapi, sikap Amy yang mesti memberitahu suaminya tentang apa-apa jua perbelanjaan yang dibuatnya yang menghalang dia dari terus online duet kepada Rosli.

Bodoh bongok betul Amy ni...rungut hatiku. Sudah terang lagi bersuluh pun masih lagi mahu letakkan simpati kat Rosli yang memang sah sah penipu. 

Sedikit-sedikit Rosli sudah mula tunjuk belang. Rosli pernah suarakan hasratnya untuk meminjam duet Amy untuk dia jv business kata Rosli. Ah sudah. Ini kalau Amy tak reti-reti lagi memang...eh entahlah tak tahu apa aku nak cakap dan nasihat dia lagi kalau dia tak faham-faham.

Akhirnya Amy mengaku, ada satu permintaan yang membuka mata hati Amy untuk putuskan hubungannya dengan Rosli. Dia sudah mula dapat menghidu sikap tidak sihat Rosli dalam hubungan ini.

Kak, Amy kena stop cerita kat sini dulu. Nak ambil anak dari sekolah pagi dan hantar ke sekolah agama pula. Aku angguk tanda setuju. Kami bersalaman dan Amy berjanji akan sambung ceritanya lagi. In shaa Allah katanya.

Mataku mengekori Amy. Allahuakbar. Semoga Allah lindungi dan rahmati kamu, Amy.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?