thanks to google pic.
![]() |
Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang |
supaya rasa terpinggir itu
tidak rakus membakar diri.
Namun ia datang dan ia pergi
menguji dan terus menguji
tinggalkan aku termangu
pilu,
sayu.
Berkali sudah aku khabarkan
pedulikan akan harapan.
Kerana itu bukan satu nokhtah kehidupan.
Kerana kehidupan telah pun ditentukan.
Kerana tidak semua kehidupan penuhi harapan
atau
kerana tidak semua harapan penuhi kehidupan
dan akan ada ruang kecewa
dan akan ada rasa merana
dan akan ada jiwa tersiksa.
Aku akan cuba lagi
memberitahu hatiku
betapa besarnya cinta-Mu
mengatasi segala sesuatu
supaya aku tidak lagi perlu
ragu selepas itu.
orangbiasa\300408