Tuesday, December 27, 2011

Selalu, maafkan aku!

thanks to google
Kepada-Mu Illahi
aku sujud merendah diri.
Berkira-kira antara dosa dengan pahala
yang mana berat atau ringan timbangannya.
Sedang aku tidak pasti
apa cagaran diri
bila bertemu dengan-Mu nanti.


Esok atau pun lusa
tiada tentu tidak noktahnya.
Telah Engkau tulis,
yang di sebut-sebut takdir
tidak se indah di kotak fikir
di pandangan mata zahir.

Ada waktu aku tidak mampu setuju.
indahnya Qada' dan Qadar-Mu,.
kerana tidak tercapai akal
maka aku terus-terusan menyangkal
menjadikan aku sedikit benak dan bebal.

Ya Rabb, ampuni aku
yang sering membelakangi batas syukur.
maafkan aku apabila kadang kala
aku terlupa dan terleka.

orangbiasa\17092010

Sunday, August 21, 2011

Jangan Ragu Terhadap Janji Allah

Bismillahhirrahmannirrahim.

•Jangan sampai hati merasa ragu terhadap apa yang telah dijanjikan Allah cuma kerana terlewat terlaksananya apa yang telah dijanjikan oleh-Nya, meskipun telah tertentu tiba masanya. Berusahalah untuk bersabar. Yang demikian itu agar supaya tidak menyalahi pandangan mata hatimu, atau dan akan memadamkan nur cahaya hatimu•

Daripada Anas ra. berkata :

"Tiada seorang berdoa, melainkan pasti diterim Allah doanya, atau dihindarkan daripadanya bahaya, atau diampunkan sebahagian dosanya selama mana dia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa, atau untuk memutuskan hubungan silatulrrahim."

Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui hatta sekalipun tidak terucap apa yang terniat di hati. Tiada lain melainkan akan disempurnakan selama mana dihiasi dengan rasa sabar.

Wallahua'lam

Dia (Allah SWT) telah tentukan rezeki untuk kamu dan sebahagiannya dititipkan olehNya untuk yang lain sebagai tanda melihat akan kejujuran serta keikhlasan kamu melaksanakan perintah Tuhan (Allah SWT)

Wednesday, April 27, 2011

tribute

cahaya itu tetap berterusan
di sini : di wajah ini

engkau ingin tabah
sekukuh gunung Himalaya
perkasa serta gagah.

menahan setiap inci seranah
sedikit pun jiwamu tidak gundah
tidak juga punah
untuk terus menjadi tabah.

menangkis setiap cebisan cemburu
yang menembusi dadamu bak peluru
kau tahu Dia lebih tahu
apa juga yang terbaik untukmu.

wanita oh wanita
dalam lemah terkumpul gagah
sukar goyah
setia pada janji dan sumpah. 

tribute to my very close friend whereby now is fighting againt cancer of liver. 

orangbiasa\27042011

Saturday, February 26, 2011

di sebalik gambar

thank you google
pelaut itu (engkaukah itu)

antara dua hamparan itu
laut yang biru
awan yang kelabu.
di situlah ada aku
pelaut jitu.

tegar
tidak pernah gentar
ketika laut menggegar.
walau ribut turun
hatinya tidak gerun.

demi sesuap yang halal
berbekal kudrat yang tidak kekal
hatinya terusan bertawakkal
segalanya harus usah gagal.

orangbiasa\26022011

Wednesday, February 23, 2011

ego

shalawat atas Nabi SAW
assalamualaikum wrt.

"adalah lebih baik mengetahui kelemahan dan mengakui kegagalan sendiri daripada mencari atau lebih parah menuding kesalahan kepada pihak lain"

selama mana dari apa saja yang kira terbaca, terpandang atau terdengar lalu kita dapat mengambil iktibar daripadanya nescaya kita tidak akan rugi.


p/s : ego itu samalah juga macam kepala batu.

Wednesday, February 16, 2011

Permata Hati Tiada Ganti

Bismillahirahmahnirahim.
Assalamualaikum serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
"Cahaya" - tiadalah apa yang dapat menahannya kecuali Dia.


MAHAR CINTA

aku menulis kerana rindu
sakitnya hingga ke tulang kalbu.
aku menangis kerana cinta
yang kau bawa ke dunia sana.
jika laut menjadi bumi
bulan bertukar wajah mentari
kaki langit pun ditemui
aku tidak pernah melupaimu
masihkah dikau mengingatiku.
tidak mungkir kudoaimu
menemani kasih ke hujung nyawaku.
setiap detik ku hitung zikir
selaut bingkisan serahan hati
surah quran yg kau janji
sebagai mahar cinta suci.

selawat ke atasmu
muhammad saw nabiku
dimanakan ku cari gantimu
yg tetap tanya tentang aku
hingga ke penghujung nyawamu.

p/s : aku lupa siapa punya. betul aku lupa.

Wednesday, January 12, 2011

selagi termampu.

credit to maxis
aku panggil namamu ibu,
ketika aku rasa aku sudah tidak mampu.

aku panggil namamu ayah,
seketika aku semakin payah.

aku panggil nama-Mu Ya Allah,
tatkala aku rasa aku hampir kalah.

semoga aku tabah.

tiada satu pun tinggal
terungkai usai
maruahku kau gadai.

kamu jahat
mahkotakan jahat untukku.

kenapa silapkan aku
mahu menutup silapmu.

Ya Tuhan
Kau lihatlah dan
Kau perlihatkanlah.

orangbiasa\07012011

Tuesday, January 4, 2011

Tanpa Sebab Tanpa Ragu.

sejati cinta Penakluk
Engkau telah terlebih dahulu,
memileh aku.
Mencintai-Mu,
tanpa sebab tanpa ragu.
Hanya Engkau yang tahu.

Aku memileh untuk mencintai-Mu,
juga tanpa sebab tanpa ragu.
Tanpa-Mu hati tidak mampu berlagu.

Engkau ingatkan aku
untuk mengingati-Mu,
selalu,
tanpa batas waktu.
Asal saja aku dekat dengan-Mu
nescaya Engkau juga dekat denganku
juga tanpa waktu tertentu.

Aku harap
rindu itu tidak akan hilang.
tidak juga akan lekang.
Mahu sampai Engkau jemput aku pulang.

Kalau umurku bersisa lagi,
aku mohon tidak mahu berhenti
mencintai.


orangbiasa\01012011


*hajat hati*
sejak aku mengenali-Mu, setiap hari dan setiap waktu aku berazam mahu memperbaiki ikatan ini.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?