Monday, December 20, 2010

tulisan-Mu

thank you google
aku sujud merendah diri
berkira-kira antara dosa dengan pahala
yang mana berat atau ringan timbangannya.
sedang aku tidak pasti
apa cagaranku
bila bertemu dengan-Mu.

esok atau pun lusa
tiada tentu tidak noktahnya
segalanya telah Engkau tulis
yang di sebut-sebut takdir
tidak se indah di kotak fikir
pun tidak ceria di mata zahir.

andai ada kala aku tidak mampu setuju
Qada' dan Qadar-Mu
kerana tidak tercapai akal
maka aku terus-terusan menyangkal
menjadikan aku sedikit benak dan bebal.

Ya Rabb, ampuni aku
yang sering membelakangi batas syukur
maafkan aku apabila kadang kala
aku terlupa dan terleka.

orangbiasa\17092010

Friday, November 26, 2010

taat dan setia

engkau sangkarkan aku
yang kau sandarkan pada waktu.
semoga mendung cepat berlalu.

akukah yang bersalah.
taat mengikut telunjuk dan arah.
memukimkan aku di penjara dosa
bila perintah disanggah.

retak seribu seribu kali
hingga tidak terhitung lagi.
yang mampu aku kunci rapi
sepi sunyi sebuah hati.
pedulikan gurauan.
memamah hati dan perasaan.
perasan
atau disengajakan.

Oh Tuhan
perhatikan aku
jgn sesat di jalan berliku
kerana hebatnya duga-Mu.

ulasan : pada bahasa atau prakata, taat dan setia berbeza pada makna juga pemiliknya. namun jika ia dicantum dan digabung ia menjadi satu kata yang kuat dan hebat.

Tuesday, November 23, 2010

Merapi yang berani.

hanya Allah yang mampu tahu setiap segala sesuatu...
Merapi lambang peribumi.
thank you google
Merapi merapu
muntahkan lahar dan debu
hati sayu
iringi tangis dan sendu.
Lahar dan awan panas
cukup ganas
tidak mampu digalas
hingga ramai yang tewas.
Ya Tuhan
Engkau titipkan Merapi
untuk kami di bumi
gah tegak berdiri
se gah lambang peribumi
dan hanya Engkau yang mengerti
atas angkara ini.

Angkara ini
pamit lagi

agar kami kembali
bertaqwa kepada-Mu Illahi.
api Merapi yang berani
thank you google
Merapi yang berani
lagenda dan mitos yang dikongsi
agar iman mengisi hati
patri indah nama-Mu Ya Rabbi.

orangbiasa-6112010
Semarang, Indonesia.


ulasan :
aku lewat ke sini tanggal 6 Nov. 2010 kerana tugasan. melewati Klaten dan Boyolali antara petempatan yang parah kerana musibah gunung berapi Merapi. aku sempat rakamkan gambar debu dari letusan Merapi yang memutih memenuhi jalan yang aku lewati seperti gambar-gambar oleh ctpayong

Wednesday, November 3, 2010

hanya itu yang aku mampu

redha dan pasrah itu memadam api marah.
pada-Mu aku  berbicara
sering menangis berhiba
sehingga lega yang terbungkam di dada
lepas bebas kusut masai di kepala
setelah itu aku mampu ketawa semula
sehingga aku kembali leka.

manusia oh manusia
engkau memang mudah lupa.

kepada-Mu aku kembali
meratap meraung merendah diri
bila hati luka dilukai
sakit kerana disakiti
menyendiri
di bibir sebut mati
dalam hati mahu mati
agar terungkai yg tersimpul mati
kononnya biar senang hati.

manusia oh manusia
engkau alpa lagi rupanya.

aku manusia
seperti mereka juga
sering leka
mudah alpa dan lupa.

aku harap aku sentiasa rindu
kembali kepada-Mu
di setiap ketika dan waktu
hanya itu yang aku mampu.

orangbiasa\03112010

Monday, October 18, 2010

Tidak Perlu Lagi Ragu

thanks to google pic.
Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang
Aku cuba menidakkan naluri
supaya rasa terpinggir itu
tidak rakus membakar diri.
Namun ia datang dan ia pergi
menguji dan terus menguji
tinggalkan aku termangu
pilu,
sayu.

Berkali sudah aku khabarkan
pedulikan akan harapan.
Kerana itu bukan satu nokhtah kehidupan.
Kerana kehidupan telah pun ditentukan.
Kerana tidak semua kehidupan penuhi harapan
atau
kerana tidak semua harapan penuhi kehidupan
dan akan ada ruang kecewa
dan akan ada rasa merana
dan akan ada jiwa tersiksa.

Aku akan cuba lagi
memberitahu hatiku
betapa besarnya cinta-Mu
mengatasi segala sesuatu
supaya aku tidak lagi perlu
ragu selepas itu.

orangbiasa\300408

Saturday, October 16, 2010

aku mahu persis burung

tidak pernah lupa bumi sekalipun mampu terbang tinggi
aku mahu persis burung
bukan kerana ingin bebas terbang
tapi senang dapat menyenangkan
mencari makan pagi dan petang
dan tidak pernah lupa sarang.

aku mahu persis burung
membesarkan anak sampai terbang
sekali pun tidak menjanjikan pulang

aku mahu persis burung
mengembirakan hati yang memandang
biar mereka lihat awan bila aku terbang
dan melihat laut tatkala aku menyelam
nikmati hijau hutan bila berkicauan

aku mahu persisi burung
yang tidak takut mati
kerana mati itu pasti
tidak takut pijak bumi
sekalipun aku mampu terbang tinggi.

orangbiasa\101010

Ya Rabb, kepada-Mu jua tempat sebaik-baik untuk aku kembali.

Wednesday, September 29, 2010

engkau pergi jua

assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim
 rindu buatmu tidak akan berhenti.
google pic

engkau pergi jua
bertemu dengan-Nya
pada sekian waktumu
ape jua yang telah engkau persembahkan
hanya untuk-Nya
dan aku yakin itu
pergilah bapaku
engkau juga rinda pada-Nya
aku pasti engkau telah bersedia
bertemu Penciptamu

pemergianmu yang tenang
tanda engkau bersedia dijemput pulang
semoga engkau aman
bersama bekal yg engkau genggam
meninggalkan fanak alam. 

orangbiasa\29092010
semoga engkau berada di kalangan orang-orang yang beriman. amin
wallahu'alam.

Tuesday, September 28, 2010

bahasa qalbu yang sarat


assalamualaikum wrt.
bismillahirrahmanirrahim.
ayah, halalkan apa jua ilmu yang telah engkau ajarkan.
google pic.

hingus yg tidak terhapus
berserta airmata yg tidak berseka
yang bukan disengaja
demi menyatakan kasih.
usah pertikai kenapa sekarang
sedih lirih kasih
yang dahulunya bagai tersisih

melihat kesakitan ditanggung
seperti melihat aku akan datang.

yang sama berjuang
untuk sedikit lagi masa terluang
berbual kosong atau berbual panjang
saat berharga yang tidak terjaga
terleka dan terbuang begitu saja

rintihan bukan menghalang waktu pulang
tapi mengingatkan pada diri sendiri
bahasa qalbu yang singkat
mencantum segala rasa
bagai bahasa rahsia
ingin sekali menyatakan
sukarnya hadapi takdir
melepasmu pergi bukan mengusir
bercampur baur redha dan pasrah
kendati kudrat yg lemah.

orangbiasa\25092010  

p/s : al fatihah, ayahandaku telah pergi menemui Pencipta-Nya, Selasa, 27/Sept./2010 bersamaan 19/Syawal/1431
wallahu'alam.

Monday, September 20, 2010

aku akan terus mencari

aku tidak pernah merantaimu. engkau bebas terbang ke mana saje.
ilmu yang kita kongsikan
bukan sekadar sandaran
tidak juga hanya menyampaikan
tanpa amalan dan diamalkan
aku terkilan.

biar sedikit-sedikit
lama-lama pasti membukit
mulakan dengan bertatih
berlatih dan melatih
agar tidak perit dan letih.

aku tetap akan mencari
walau seribu halangan memagari.
hatiku telah tetap
tiada lain yang aku harap
biar terlentang atau tertiarap
kepada-Nya juga aku mengadap

menangis meratap.

orangbiasa\200910


wallahu'alam.

Sunday, September 12, 2010

Puisi Di Aidilfitri

hanya kerana Allah SWT

assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim

tidak terasa pejam celik pejam celik hari ini sudah hari raya ke 3. kunjung mengunjung masih lagi diteruskan. biasalah juadah hari raya yang tinggi kolestrol menjadikan aku mengantuk dan otak tidak mampu berfikir untuk menulis puisi. pagi tadi, ahad 12 september 2010 aku terbaca puisi oleh Che Soo Ismail, Alor Setar, Kedah. bagiku, walau pun puisinya singkat tetapi padat dan tepat. aku salinkan di sini untuk kita hayati bersama.

Suara Dari Saf  Bangsa

Apabila menghitung kuasa
sisihlah megah, lontarkan bongkak
yang menjulang fitnah
agar genggaman tidak tiris
di celah jabat muslihat.

Rukuklah, sudutlah di saf yang sama
rayukan hasrat, tadah Nur cinta-Nya
sirnakan fitnah dengan satu suara
demi agama dan bangsa kita.

- CHE SOO ISMAIL
Alor Setar, Kedah.

p/s : jauh di sudut hatiku berkata...
tiada majunya negara
kalau di hati penuh sengketa.
tiada ruginya kita
kalau di hati se ia sekata.

wallahu'alam

Friday, September 10, 2010

aidilfitri

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

takbir bergema lagi
menyambut aidilfitri
sepuluh jari disusun rapi
tanda maaf ikhlas diberi.

hati hiba mendengar takbir
tanda ramadhan telah berakhir
senyum manis terukir dibibir
redha pasrah ketentuan takdir.

ampun maaf dipinta
membersih segala dosa
agar jiwa bertambah tenang
menghadapi hari mendatang.

tanda syukur pada Illahi
moga hidup dirahmati
rezeki diberkati.

orangbiasa-1/syawal/1431
bersamaan 10/september/2010

Friday, September 3, 2010

ajarkan aku diam.

ketenangan itu menjadi milikku ketika aku bersama-Mu

amanah tetap aku gendong
walau kaki acap tersadong.

amarah amarah amarah
gagah memamah meratah tabah.
bongkak mencakar mencalar sabar.

mencela warna iman
putih kepada kelabu kehitaman.

mahu saja aku memburu
dengan seribu maki keji.
aku juga yang akan rugi
apabila titik hitam tumbuh di hati.

terkadang keliru datang bertamu
menerejah menyerabutkan kalbu
menjadi buntu tidak menentu.

sumpah seranah ketika marah
tidak mampu aku padam
tidak mampu juga aku pendam.

wahai teman
ajarkan aku diam
agar aku miliki tenteram.

Monday, August 30, 2010

Malaysiaku Merdeka.

Malaysiaku Merdeka!


31 OGOS menjengah lagi.


Bagaikan sudah menjadi tradisi
dada akhbar sarat terisi
cerita tentang sejarah silam
supaya tertanam dalam dalam
susah senang merdeka digenggam.


Ramai yang gah menyambut merdeka
seramai yang tidak peka dan tidak kisah.
Akibat dari berbondong-bondong idea
yang memuja dan memuji
mahu pun yang mencerca atau mencaci
tentang malaysia hari ini.


Suatu perkara yang wajar diingatkan
tentang sukarnya menyahut cabaran
tanah air yang inginkan kemerdekaan.
Kata seloka disulam di anyam
sehingga merdeka berjaya di genggam.


Wahai Malaysia serta isinya
usah pandang remeh usaha yang jerih
kerana ia datang dari hasrat yang jernih putih dan bersih.


Tanamkan di hati dalam dalam
hari ini bermula dari hari semalam.
Merdekakan hati dari iri
caci
dengki
atas erti merdeka yang dikecapi
serta nikmat kemerdekaan yang dirasai.


31/08/2010
orang biasa


P/S : untuk aku, selamat hari lahir hanna, engkau telah menambah satu lagi bilangan pada angka usiamu.

Saturday, August 28, 2010

antara waktu akhiri waktu..semoga aman di sana.

Tinggal Kenangan

telah bertandang utusan
menghatar warkah terakhir
menjemput mu pulang
bersileh waktu akhiri waktu
tatkala bertasbih ramadhan yg ditunggu.


saat itu tidak mampu tersenyum
hati marah tapi pada siapa
pasrah dan redha ubatnya jua
akhiri cerita cinta
yang kau bawa bersama.
percik dingin peluh iringi roh
dipaksa, terpaksa keluar dari tubuh
akur janji dipenuhi seperti di Lothfus
bercerai roh dari tubuh perintah Sang Kudus.


tiada guna tangis
mengiringnya pergi
dia sudah terlalu rindu
pada Kekasihnya sedari dadulu.
maka berkatalah setiap hati
ku izinkan engkau pergi bertemu Illahi.


tanggal 20/08/2008 dia pergi tidak akan kembali. hanya doa yang dapat mengiringi sehingga di hari Hisab nanti.

Wednesday, August 25, 2010

usah biarkan amarah memisahkan kita.

kerana amarah kita bersengketa
amarah juga cetuskan telingkah
usah peduli hasutan hati berahi keji
berantakan bergaduh dan berkelahi.
kita sekadar menumpang
dimana bumi dipijak di situ langit ditupang
diangkat menjadi "khalifah" Allah
bukan dipersenda bukan juga dipermudah
ia amanah yang harus ada penyudah
yang tidak mudah dan tidak juga susah.


aku di sini manusia kecil
orang biasa hidup nun terpencil
namun aku punya lidah
yang harus aku jaga dan berwaspada
aku juga punya pena
tapi tidak sampai ke mana
kerana tiada nama
aku terus mahu berkarya
walau tiada harga
walau tidak ke puncak menara
semoga yang terbaca
khabarkanlah
ayuh, sama-sama nyahkan sengketa.

Wednesday, August 18, 2010

bila hati kerap kau lukai.

duri-duri yang mengguris hati
bila hati kerap kau cakar
kesetiaan sering kau calar
keikhlasan menjadi pudar
kejujuran bertukar hambar
ketelusan hangus terbakar
kasih dan sayang semakin longgar
kebahagian terasa sukar.


apabila hati sering kau sakiti
rindu bertukar benci
cinta seakan mati


tatkala janji kau noda
bicaramu bersulam dusta
sekadar berkata untuk halwa telinga
atau alasan semata.


mampukah kata menjadi kota


aku tetap di sini
menunggu setiap inci bukti
menjadi realiti
hingga aku mati.


jangan mungkir janji
jangan mungkir janji lagi
jangan janji tinggal janji.


merdekakanlah hati
dari kerana budi
dari hasad dan iri.


merdekalah qalbu merdekalah jiwa
niatlah, ucaplah
segalanya kerana Allah.

orangbiasa/18/8/2010

Friday, August 13, 2010

takdir itu tulisan Allah

seperti malam dengan siang...begitulah kebaikan dengan kejahatan, pasti tidak akan bersatu.

aku mahu tinggalkan sepi
yang melilit tangkai hati
biarkan aku diam
biarkan aku pendam
tiada dendam
putih bukan hitam

takdir tidak ajar membenci
takdir tiada erti simpati
takdir itu tulisan Allah
Allah yang Maha Pemurah.

usah lewati dosa dan noda
sekalipun ketika usia muda
mati itu pasti.

kita tidak hidup sendiri
tidak juga seorang diri
biar harus berlari
mencari erti
jangan sampai merugi
kerana masa tidak menanti
tidak juga berganti
atau kembali.

Friday, August 6, 2010

aku dan puisi

seperti mega dan senja, bulan dan bintang, pasir dan pantai.

tulisan demi tulisan
bukan untuk pujian
yang mahu aku kongsi
apa ada dalam hati
meniti hari
lewati hidup ini.

dari cerita ke cerita
bukan aku ada-adakan
yang tidak aku sengajakan
bila hati terguris
tertulis baris ke baris.

di sini segalanya
aku pendam semua duka
aku ubati segala luka
yang menerjah
menjerkah.

aku di sini
di puisi ini.

orangbiasa/2010/july

Thursday, July 29, 2010

tersenyum melihat sebuah tewas oleh hati yg keras.

sabar itu kemenangan yang mutlak

nyanyian sang malam
dicemar tangis diam
menjadi suram.
dendam bagaikan tidak padam
kejam menikam
mencerna hati menjadi hitam.

canda bersulam sinis
jengkil di bibir yg manis
menggores menghiris

fana menghela nafas ketawa
puas membakar mencalar
tidak sedikit pun dihirau
biar kacau bertambah kacau
asal hati iri terisi
lega menyakiti.

semoga engkau tersenyum puas
melihat aku yg tewas.

puisi ini membayangkan bagaimana si penulis sering disindir lantaran dendam yang tidak mudah terpadam terhadapnya di atas teguran penulis. penulis tetap pasrah dan berserah kerana sudah menjadi kewajipan penulis menegur kesilapan dgn hati yg penuh ikhlas. 

p/s : sabar itu sangat penting untuk berjaya.

pertanyaan demi pertanyaan.

"tanpa jemu datang dan pergi..tiada jemu ke sini"

mereka bertanya
bagaimana aku.
atas rasa ingin tahu
macamana aku denganmu.

aku juga mahu bertanya.
maka aku harus bagaimana.
jika sejujurnya yg aku katakan,
apakah kalian dapat mengertikan
antara pertanyaan dan jawapan.
yang tiada bezanya
antara lupa atau sengaja lupe.

jika ini sudahnya
tetap akan ade bahagia
di atas ketetapan-Nya.

p/s : harus terus tabah.

Monday, July 5, 2010

airmata

di setiap perjalanan, pengalaman banyak mengajarkan.

aku tidak pernah memaksamu
 menuruni liku dan garis di wajahku
 sungguh mereka pasti akan berkata
 ada sengketa dalam bicara
 atau masih ada rahsia yang masih rahsia.
 pun begitu
 terkadang waktu aku juga tidak mampu
 menyorok duka dalam ketawa
 menutup luka dengan bercanda.
 bukan dengan sengaja
 atau sengaja mengada-ngada
 engkau hadir tanpa bicara
 iringi perit kudis diguris
 tercarek luka sengaja dirobek.

aku juga tidak pinta
 di saat bila 
 dan di ketika yang bagaimana.
 hadirmu terkadang membawa bahagia
 persis ruang kosong kembali berwarna
 bagaikan dahan kering berputik dan berbunga
 ibarat hujan membasahi bumi
 hadirmu bagai membasuh hati.
crying is the best teraphy

Wednesday, June 23, 2010

ibu oh ibu

sesak dan sebak dada,
 kau harungi bersahaja.
 sarat dan serabut 'akal
 hatimu cekal jiwamu kental.
 meredah onak duri
 menusuk merobek hati.
 menangis tiada henti.

biar hati robek carek,
 senyum tetap kau lakar kau larek.
 rela hati dilukai
 melukai tidak sekali.
 memujuk hati sendiri
 demi yang lain tiada iri.

tabah hatimu walau payah.
 terserlah senyum walau dijerkah.
 sabar walau cintamu sukar.

ibu,
 demi aku engkau bangkit berdiri.
 sekalipun naluri sendiri tidak terisi.
 tiada gentar andai ditinggal pergi.

terkumpul kudrat sejak azali
 walau sekadar pinjaman Illahi.
 hanya engkau yang mampu,
 setabah itu.
 cuma kerana aku.
 engkaulah insan itu, ibu.

orang biasa 10052009

hanya "ibu" yang tahu apa ada di hati ibu

Tuesday, June 15, 2010

mencintai-mu

rasa cinta ini tidak pernah goyah
tidak pernah berat sebelah
semakin parah
semakin sukar terpisah.

engkau mencari aku
sebelum aku mencarimu
melebihi pencarianku.
besar harapku
bukan aku yang lewat
atau terlewat.

izinkan aku jujur pada fitrahku
mendamba langsung mencintaimu
membalas cinta itu.

cintamu melepaskan aku dari belenggu
kusut ketakutan menjadi pudar dan hambar
terlepas dari rimas yang panas.

bila aku sandarkan segala
hanya kepada mu jua.

cinta ada di mana-mana

cinta
 tercipta dunia kerananya
 tercipta cinta adam dan hawa
 tercipta cinta kita semua.

cinta
 engkau tidak pernah dusta
 ada dan hidup selamanya.

cinta 
 gagal mengenalmu
 gagal bersatu.

cinta
 engkau hanya ada satu
 gagahkan semangatku mencarimu
 tabahkan hatiku bersamamu
 putihkan jiwaku berada dekat denganmu.

cinta
 terangkan lorong gelap hidupku
 indahkan malamku bersamamu

cinta
 penuhilah ruang di jantungku
 hadirlah dalam nafasku
 aturlah langkah.

orang biasa 140610

Wednesday, June 2, 2010

masa itu berharga


manusia mudah lupe
 oleh perdaya masa
 manusia sering tertipu
 bila leka urus waktu.

Thursday, May 27, 2010

Engkau tetap bersamaku

Engkau tidak pernah membenciku,
jauh sekali meninggalkan aku.
Engkau ada di mana-mana,
hadir di setiap turun naik nafasku.

aku bukan aku yg dahulu


aku
bukan aku
yg kau kenal dahulu
setelah aku keliru
celaru
dan buntu
keranamu.

aku mahu belajar
mendengar
faham dan diam
hingga mataku pejam.

Wednesday, May 26, 2010

aku ada Dia


aku bukan siapa-siapa
 di mata dan juga di hati
 nyata atau sembunyi
 siang dan malam
 terang mahu pun kelam.

aku sudah tiada
 illusi atau nyata
 terlindung dan terbuka
 tercela lantas terluka.

siapa percaya
 siapa pun tidak menduga
 dalam tawa ade tangis
 senyum manis hati terguris.

aku diam
 aku pejam
 aku genggam

hampir aku terlupa
 Dia tetap ada
 tetap hadir
 dekat lagi hampir
 hingga saat akhir.

Monday, May 24, 2010

diam...dengar...


engkau mungkin saje terlupa
xsengaja atau ape juga.
aku hanya mahu cuba belajar
untuk diam dan mendengar

seperti melapah hati yg parah
atau meratah luka yg berdarah
merafak bagaikan telagah
biarlah aku mengalah
biarkan aku berserah.

Ya Tuhan, dugalah aku
ikut kemampuanku
cabar dan duga-Mu
jgnlah sampai aku
tidak mampu merayu
atau tidak mahu
mengharap pada-Mu.

Thursday, May 20, 2010

airmata oh airmata


aku tidak perlu dua cinta
aku telah punyai cinta yang meliputi segala.
tapi persis ada rindu
aku seperti keliru
untuk mendengar suara dan bicara
yang pernah suatu ketika
bercerita tentang cinta.

airmata oh airmata
usah menuruni pipiku
cuma kerana tidak terpenuhi rindu
atau pada perkara yang tidak menentu
nescaya merosak hati dan qalbu.

Tuesday, May 18, 2010

rahsia malam


malam itu serupa
pada rupa pada gelap pekat warnanya.
sebenarnya malam itu tidak sama.
pada rasa pada nikmatnya
pada yang biasa
pada yang tahu rahsianya.

jangan ucap "selamat malam"
yang bakal dihabisi dengan mimpi
belailah malammu
walau sampai kehujung waktu
bila nanti sampai suatu masa
indahnya tidak mampu kau cerita
dengan kata-kata.

Saturday, May 8, 2010

biarkan aku


biarkan aku tersenyum
biar tersimpan dan terkunci
luka dalam, dalam hati.
biarkan terpatri
biar sampai mati
hanya mahu aku kongsi bersama Illahi.

Saturday, May 1, 2010

akad cinta


kendati rindu itu bagaikan akad cinta.
maka ucaplah selalu rindu padanya.

Saturday, April 24, 2010

tentang cinta


cinta itu indah bila dididekati. cinta itu sukar bila dijauhi. kenalilah cinta. dekatilah cinta. kerana cinta adalah segalanya.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?