redha dan pasrah itu memadam api marah. |
sering menangis berhiba
sehingga lega yang terbungkam di dada
lepas bebas kusut masai di kepala
setelah itu aku mampu ketawa semula
sehingga aku kembali leka.
manusia oh manusia
engkau memang mudah lupa.
kepada-Mu aku kembali
meratap meraung merendah diri
bila hati luka dilukai
sakit kerana disakiti
menyendiri
di bibir sebut mati
dalam hati mahu mati
agar terungkai yg tersimpul mati
kononnya biar senang hati.
manusia oh manusia
engkau alpa lagi rupanya.
aku manusia
seperti mereka juga
sering leka
mudah alpa dan lupa.
aku harap aku sentiasa rindu
kembali kepada-Mu
di setiap ketika dan waktu
hanya itu yang aku mampu.
orangbiasa\03112010
4 comments:
salam bertaut hati menyahut
luka karam tak pernah diingat
bahtera cinta berlayar hebat
jauh lamunan syg,sauh tersekat
rindu tanjung seakan menghambat
kembali tenang dermaga tertambat
pulang layar pulanglah cepat
khabar kasih segala tersirat
usah ragu pelayar impian
badai ombak bukan pilihan
teguh bertahan dihina jangan
nilai sejati bukan khayalan
angan berangan suatu waktu
perlabuhan ku kejar semakin ku buntu
hanyut ku jauh dr ku tuju
setiap harapan aku menunggu
leh jadi sasterawanis nih....
salam bloggers...www.ROZANEEM.blogspot.com
http://www.youtube.com/watch?v=S5FsmUaqZr0&feature=related
faizal- hanyut
THOMAS ARYA BUNGA
merana kini aku merana
kekasih tercinta
entah kemana
sendiri kini ku dibalut sepi
tiada tempat tuk bercurah lagi
dimana kini entah dimana
bunga impian
yang indah dimata kurindu tutur sepamu
nan saat kau barada disisiku....
kini tinggallah kusendiri
hanya berteman dengan sepi
menanti dirimu kembali
disini ku terus menanti
akan kucoba untuk
menanti dirimu kekasih
oh bunga....
dimana kini kau berada
jangan biarkan diriku
dalam kesorangan
oh bunga...
jangan kau gores luka didada
sunguh diriku takkan kuasa
campak kan kenanga
ho ho ho....
Post a Comment