Friday, December 14, 2012

akur

tidak larat
memapah semangat
kudrat yang sekerat
tidak terpenuhi janji berlipat.
yang salah aku
tidak mohon penuh syahdu
tiada titis airmata
tiada
masakan menangis dapat aku paksa.

akur; takdir itu indah
redha segenap jiwa.

pujuk hati sediri;
redha itu ubat keloh kesah.

orangbiasa\141212
bersamaan Jumaat/1234H

Friday, November 2, 2012

takdir dan pilihan

jalan kiri
jalan kanan
jalan itu telah pun ditentukan
dan takdir bukan pilihan.

akal dan fikiran itu anugerah.
nafsu dan perasaan itu nikmah.

memilih untuk beriman itu pilihan.
memilih kesesatan juga pilihan.

rahsia dalam rahsia-Nya
telah ditetapkan
takdir jangan dipersoalkan.

korbankan nafsu itu pilihan.
korbankan perasaan juga pilihan
kerana takwa
kerana iman.

orangbiasa

Jumaat, 10 zulhijjah 1433
bersamaan 26 Okt. 2012

Wednesday, October 10, 2012

mimpi itu perhiasan tidur

biarkan mimpi indah hiasi tidur
asal saja siangmu tidak menjadi kabur
jadikan ia pemangkin semangat subur
jangan lena jangan tersungkur.

orangbiasa\101012

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?