Wednesday, June 23, 2010

ibu oh ibu

sesak dan sebak dada,
 kau harungi bersahaja.
 sarat dan serabut 'akal
 hatimu cekal jiwamu kental.
 meredah onak duri
 menusuk merobek hati.
 menangis tiada henti.

biar hati robek carek,
 senyum tetap kau lakar kau larek.
 rela hati dilukai
 melukai tidak sekali.
 memujuk hati sendiri
 demi yang lain tiada iri.

tabah hatimu walau payah.
 terserlah senyum walau dijerkah.
 sabar walau cintamu sukar.

ibu,
 demi aku engkau bangkit berdiri.
 sekalipun naluri sendiri tidak terisi.
 tiada gentar andai ditinggal pergi.

terkumpul kudrat sejak azali
 walau sekadar pinjaman Illahi.
 hanya engkau yang mampu,
 setabah itu.
 cuma kerana aku.
 engkaulah insan itu, ibu.

orang biasa 10052009

hanya "ibu" yang tahu apa ada di hati ibu

Tuesday, June 15, 2010

mencintai-mu

rasa cinta ini tidak pernah goyah
tidak pernah berat sebelah
semakin parah
semakin sukar terpisah.

engkau mencari aku
sebelum aku mencarimu
melebihi pencarianku.
besar harapku
bukan aku yang lewat
atau terlewat.

izinkan aku jujur pada fitrahku
mendamba langsung mencintaimu
membalas cinta itu.

cintamu melepaskan aku dari belenggu
kusut ketakutan menjadi pudar dan hambar
terlepas dari rimas yang panas.

bila aku sandarkan segala
hanya kepada mu jua.

cinta ada di mana-mana

cinta
 tercipta dunia kerananya
 tercipta cinta adam dan hawa
 tercipta cinta kita semua.

cinta
 engkau tidak pernah dusta
 ada dan hidup selamanya.

cinta 
 gagal mengenalmu
 gagal bersatu.

cinta
 engkau hanya ada satu
 gagahkan semangatku mencarimu
 tabahkan hatiku bersamamu
 putihkan jiwaku berada dekat denganmu.

cinta
 terangkan lorong gelap hidupku
 indahkan malamku bersamamu

cinta
 penuhilah ruang di jantungku
 hadirlah dalam nafasku
 aturlah langkah.

orang biasa 140610

Wednesday, June 2, 2010

masa itu berharga


manusia mudah lupe
 oleh perdaya masa
 manusia sering tertipu
 bila leka urus waktu.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?