Monday, August 30, 2010

Malaysiaku Merdeka.

Malaysiaku Merdeka!


31 OGOS menjengah lagi.


Bagaikan sudah menjadi tradisi
dada akhbar sarat terisi
cerita tentang sejarah silam
supaya tertanam dalam dalam
susah senang merdeka digenggam.


Ramai yang gah menyambut merdeka
seramai yang tidak peka dan tidak kisah.
Akibat dari berbondong-bondong idea
yang memuja dan memuji
mahu pun yang mencerca atau mencaci
tentang malaysia hari ini.


Suatu perkara yang wajar diingatkan
tentang sukarnya menyahut cabaran
tanah air yang inginkan kemerdekaan.
Kata seloka disulam di anyam
sehingga merdeka berjaya di genggam.


Wahai Malaysia serta isinya
usah pandang remeh usaha yang jerih
kerana ia datang dari hasrat yang jernih putih dan bersih.


Tanamkan di hati dalam dalam
hari ini bermula dari hari semalam.
Merdekakan hati dari iri
caci
dengki
atas erti merdeka yang dikecapi
serta nikmat kemerdekaan yang dirasai.


31/08/2010
orang biasa


P/S : untuk aku, selamat hari lahir hanna, engkau telah menambah satu lagi bilangan pada angka usiamu.

Saturday, August 28, 2010

antara waktu akhiri waktu..semoga aman di sana.

Tinggal Kenangan

telah bertandang utusan
menghatar warkah terakhir
menjemput mu pulang
bersileh waktu akhiri waktu
tatkala bertasbih ramadhan yg ditunggu.


saat itu tidak mampu tersenyum
hati marah tapi pada siapa
pasrah dan redha ubatnya jua
akhiri cerita cinta
yang kau bawa bersama.
percik dingin peluh iringi roh
dipaksa, terpaksa keluar dari tubuh
akur janji dipenuhi seperti di Lothfus
bercerai roh dari tubuh perintah Sang Kudus.


tiada guna tangis
mengiringnya pergi
dia sudah terlalu rindu
pada Kekasihnya sedari dadulu.
maka berkatalah setiap hati
ku izinkan engkau pergi bertemu Illahi.


tanggal 20/08/2008 dia pergi tidak akan kembali. hanya doa yang dapat mengiringi sehingga di hari Hisab nanti.

Wednesday, August 25, 2010

usah biarkan amarah memisahkan kita.

kerana amarah kita bersengketa
amarah juga cetuskan telingkah
usah peduli hasutan hati berahi keji
berantakan bergaduh dan berkelahi.
kita sekadar menumpang
dimana bumi dipijak di situ langit ditupang
diangkat menjadi "khalifah" Allah
bukan dipersenda bukan juga dipermudah
ia amanah yang harus ada penyudah
yang tidak mudah dan tidak juga susah.


aku di sini manusia kecil
orang biasa hidup nun terpencil
namun aku punya lidah
yang harus aku jaga dan berwaspada
aku juga punya pena
tapi tidak sampai ke mana
kerana tiada nama
aku terus mahu berkarya
walau tiada harga
walau tidak ke puncak menara
semoga yang terbaca
khabarkanlah
ayuh, sama-sama nyahkan sengketa.

Wednesday, August 18, 2010

bila hati kerap kau lukai.

duri-duri yang mengguris hati
bila hati kerap kau cakar
kesetiaan sering kau calar
keikhlasan menjadi pudar
kejujuran bertukar hambar
ketelusan hangus terbakar
kasih dan sayang semakin longgar
kebahagian terasa sukar.


apabila hati sering kau sakiti
rindu bertukar benci
cinta seakan mati


tatkala janji kau noda
bicaramu bersulam dusta
sekadar berkata untuk halwa telinga
atau alasan semata.


mampukah kata menjadi kota


aku tetap di sini
menunggu setiap inci bukti
menjadi realiti
hingga aku mati.


jangan mungkir janji
jangan mungkir janji lagi
jangan janji tinggal janji.


merdekakanlah hati
dari kerana budi
dari hasad dan iri.


merdekalah qalbu merdekalah jiwa
niatlah, ucaplah
segalanya kerana Allah.

orangbiasa/18/8/2010

Friday, August 13, 2010

takdir itu tulisan Allah

seperti malam dengan siang...begitulah kebaikan dengan kejahatan, pasti tidak akan bersatu.

aku mahu tinggalkan sepi
yang melilit tangkai hati
biarkan aku diam
biarkan aku pendam
tiada dendam
putih bukan hitam

takdir tidak ajar membenci
takdir tiada erti simpati
takdir itu tulisan Allah
Allah yang Maha Pemurah.

usah lewati dosa dan noda
sekalipun ketika usia muda
mati itu pasti.

kita tidak hidup sendiri
tidak juga seorang diri
biar harus berlari
mencari erti
jangan sampai merugi
kerana masa tidak menanti
tidak juga berganti
atau kembali.

Friday, August 6, 2010

aku dan puisi

seperti mega dan senja, bulan dan bintang, pasir dan pantai.

tulisan demi tulisan
bukan untuk pujian
yang mahu aku kongsi
apa ada dalam hati
meniti hari
lewati hidup ini.

dari cerita ke cerita
bukan aku ada-adakan
yang tidak aku sengajakan
bila hati terguris
tertulis baris ke baris.

di sini segalanya
aku pendam semua duka
aku ubati segala luka
yang menerjah
menjerkah.

aku di sini
di puisi ini.

orangbiasa/2010/july

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?