Tuesday, October 13, 2015

04 - belang

sambungan 03 - pertemuan yang tidak diduga.

Aku dan Amy setuju berjumpa di satu tempat. Amy jujur mahu menceritakan perihal Rosli kerana Amy tidak mahu ramai lagi wanita yang akan menjadi mangsa Rosli. Aku respect niat murni Amy. Betol juga kata Amy, syaitan di kalangan manusia ini sukar untuk kita differentiate. Aku diam, tunduk mengangguk tanda setuju.

Amy mulakan ceritanya dengan Bismillah. Bergenang airmata aku seketika. Sambung Amy lagi, Rosli sudah mula memaksa dia membeli barang online yang diterajuinya. Sudah mula mengadu hal-hal business onlinenya yang makin tidak menjadi.Hinggakan Rosli pernah meraih simpati kononnya dia terpaksa menjual qitarnya kerana sudah tidak berduet untuk makan dan minum. Manis mulut ayat merayu Rosli menjerat Amy juga akhirnya. Di samping membeli secara paksa rela produk yang dijual Rosli, Amy juga mengaku pernah online duet untuk belanja Rosli.

Banyak ke yang awak kasi ke dia? Lebih pantas dari kilat soalan aku kepada Amy. Haishhhh...aku pulak yang lebih meroyan dari si Amy. Aduh...memang sabar betol budak ni. Baik macam ni pun tetap jugak Allah duga. Allahuakbar.

Sambung Amy lagi, Rosli pernah minta duet darinya konon-kononnya lap-top dia buat hal. Mulanya dia minta untuk beli lap-top baru. Bila Amy banyak tanya, dia setuju untuk repair sahaja. Amy sudah mula tidak sedap hati atas kekerapan Rosli meminta duet daripadanya. Bukan dia lokek tetapi, sikap Amy yang mesti memberitahu suaminya tentang apa-apa jua perbelanjaan yang dibuatnya yang menghalang dia dari terus online duet kepada Rosli.

Bodoh bongok betul Amy ni...rungut hatiku. Sudah terang lagi bersuluh pun masih lagi mahu letakkan simpati kat Rosli yang memang sah sah penipu. 

Sedikit-sedikit Rosli sudah mula tunjuk belang. Rosli pernah suarakan hasratnya untuk meminjam duet Amy untuk dia jv business kata Rosli. Ah sudah. Ini kalau Amy tak reti-reti lagi memang...eh entahlah tak tahu apa aku nak cakap dan nasihat dia lagi kalau dia tak faham-faham.

Akhirnya Amy mengaku, ada satu permintaan yang membuka mata hati Amy untuk putuskan hubungannya dengan Rosli. Dia sudah mula dapat menghidu sikap tidak sihat Rosli dalam hubungan ini.

Kak, Amy kena stop cerita kat sini dulu. Nak ambil anak dari sekolah pagi dan hantar ke sekolah agama pula. Aku angguk tanda setuju. Kami bersalaman dan Amy berjanji akan sambung ceritanya lagi. In shaa Allah katanya.

Mataku mengekori Amy. Allahuakbar. Semoga Allah lindungi dan rahmati kamu, Amy.

Saturday, July 4, 2015

03 - pertemuan yang tidak di duga.

sambungan dari 02 - hasrat tersirat.


Memang tidak pernah aku sangka akan bertemu lagi dengan Amy sebab sudah masuk hampir 4 tahun aku ikut suami beruzla di kota terpinggir di tenggara negeri Johor. Kebetulan aku terpaksa menandatangani satu dokumen di Johor Bahru semalam makanya pecahlah rekod menjejakkan kaki di bazaar jualan juadah berbuka puasa. Asalnya memang 'tidak hendak' tapi memandangkan waktu yang seakan tidak mengizinkan aku bersilat di dapur makanya aku pun akurlah akan ajakan en abang shoping juadah berbuka. 

Dipendekkan cerita, sedang survey punya survey umpan tekak, bahuku disentuh seseorang. Bila toleh aje, spontan mataku terasa hangat dek airmata yang cepat2 dan sempat aku seka. Rasanya sesaat dua kami terdiam dan tergamam sebelom kami bersalaman berdakapan. Hendak berbual panjang masa memang tidak mengizinkan. Sementelah suami Amy ada disampingnya di ketika itu. Dalam hati aku bersyukur dan berkata, "Alhamdulillah, masih utuh lagi rumahtangga budak ni...Alhamdulillah."

Amy sempat signal agar aku tidak bicarakan hal-hal itu di hadapan suaminya. Dia memberi aku nombor talipon barunya dan meminta aku talipon dia bila kelapangan. Aku senyum dan teramat faham. Hari ini aku browse thru' tetapi hati belom lagi teragak untuk menalipon Amy bagi mengetahui cerita dirinya. Kemungkinan bulan Ramadhan agaknya. Kemungkinan perbualan itu nanti sedikit sebanyak ada unsur-unsur buruk sangka atau umpatan maka Allah belom gerakkan aku meneruskan hasratku.

p/s : aku sendiri tidak sabar mahu tahu cerita Amy. Jadikah dia membuat laporan polis. Apa kesudahan kisah dia dengan Rosli. Semoga kisah ini dapat memberi kita pengajaran, contoh serta tauladan.

Wallahua'lam.

Sunday, June 28, 2015

Al Fatihah


Umum tahu Ummul Kitab ini terlalu besar fadilatnya. Namun ramai di kalangan kita ambil mudah di segi pembacaannya. Di sini, saya kongsikan pencerahan hukum bacaan Surah Pembukaan ini yang saya perolehi daripada Ustaz Shukor Mohamed.

Ringkasan hukum-hukum tajwid di dalam Surah Al Fatihah :

Perincian hukum tajwid di dalam ayat 1 :

Perincian hukum tajwid di dalam ayat 2 : 

Perincian hukum tajwid di dalam ayat 3 :

Perincian hukum tajwid di dalam ayat 4 :

Perincian hukum tajwid di dalam ayat 5 :

Perincian hukum tajwid di dalam ayat 6 :

Perincian hukum tajwid di dalam ayat 7 :


Di sini juga dikongsikan pencerahan serba ringkas terjemahan Surah Al Fatihah oleh Ustaz Shukor Mohamed.




Semoga kita semua dapat mengamalkannya dengan tatasusun serta tatacara hukum tajwid dengan lebih baik lagi.

 أٌلحَمْدُلِلَّهِ
آمِـــــــــينْ
آمِـــــــــينْ
آمـــــــــــــــــــــــــــين يارب العَـــالَمِيْ

Nota : Kredit untuk Ustaz Shukor Mohamed. Kepada sesiapa yang mendapat lebih banyak lagi akan pencerahan hukum tajwid ini, sila layari akaun FB atas nama Shukor Mohamed.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?