Saturday, February 26, 2011

di sebalik gambar

thank you google
pelaut itu (engkaukah itu)

antara dua hamparan itu
laut yang biru
awan yang kelabu.
di situlah ada aku
pelaut jitu.

tegar
tidak pernah gentar
ketika laut menggegar.
walau ribut turun
hatinya tidak gerun.

demi sesuap yang halal
berbekal kudrat yang tidak kekal
hatinya terusan bertawakkal
segalanya harus usah gagal.

orangbiasa\26022011

Wednesday, February 23, 2011

ego

shalawat atas Nabi SAW
assalamualaikum wrt.

"adalah lebih baik mengetahui kelemahan dan mengakui kegagalan sendiri daripada mencari atau lebih parah menuding kesalahan kepada pihak lain"

selama mana dari apa saja yang kira terbaca, terpandang atau terdengar lalu kita dapat mengambil iktibar daripadanya nescaya kita tidak akan rugi.


p/s : ego itu samalah juga macam kepala batu.

Wednesday, February 16, 2011

Permata Hati Tiada Ganti

Bismillahirahmahnirahim.
Assalamualaikum serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
"Cahaya" - tiadalah apa yang dapat menahannya kecuali Dia.


MAHAR CINTA

aku menulis kerana rindu
sakitnya hingga ke tulang kalbu.
aku menangis kerana cinta
yang kau bawa ke dunia sana.
jika laut menjadi bumi
bulan bertukar wajah mentari
kaki langit pun ditemui
aku tidak pernah melupaimu
masihkah dikau mengingatiku.
tidak mungkir kudoaimu
menemani kasih ke hujung nyawaku.
setiap detik ku hitung zikir
selaut bingkisan serahan hati
surah quran yg kau janji
sebagai mahar cinta suci.

selawat ke atasmu
muhammad saw nabiku
dimanakan ku cari gantimu
yg tetap tanya tentang aku
hingga ke penghujung nyawamu.

p/s : aku lupa siapa punya. betul aku lupa.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?