Wednesday, January 12, 2011

selagi termampu.

credit to maxis
aku panggil namamu ibu,
ketika aku rasa aku sudah tidak mampu.

aku panggil namamu ayah,
seketika aku semakin payah.

aku panggil nama-Mu Ya Allah,
tatkala aku rasa aku hampir kalah.

semoga aku tabah.

tiada satu pun tinggal
terungkai usai
maruahku kau gadai.

kamu jahat
mahkotakan jahat untukku.

kenapa silapkan aku
mahu menutup silapmu.

Ya Tuhan
Kau lihatlah dan
Kau perlihatkanlah.

orangbiasa\07012011

Tuesday, January 4, 2011

Tanpa Sebab Tanpa Ragu.

sejati cinta Penakluk
Engkau telah terlebih dahulu,
memileh aku.
Mencintai-Mu,
tanpa sebab tanpa ragu.
Hanya Engkau yang tahu.

Aku memileh untuk mencintai-Mu,
juga tanpa sebab tanpa ragu.
Tanpa-Mu hati tidak mampu berlagu.

Engkau ingatkan aku
untuk mengingati-Mu,
selalu,
tanpa batas waktu.
Asal saja aku dekat dengan-Mu
nescaya Engkau juga dekat denganku
juga tanpa waktu tertentu.

Aku harap
rindu itu tidak akan hilang.
tidak juga akan lekang.
Mahu sampai Engkau jemput aku pulang.

Kalau umurku bersisa lagi,
aku mohon tidak mahu berhenti
mencintai.


orangbiasa\01012011


*hajat hati*
sejak aku mengenali-Mu, setiap hari dan setiap waktu aku berazam mahu memperbaiki ikatan ini.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?