seperti malam dengan siang...begitulah kebaikan dengan kejahatan, pasti tidak akan bersatu. |
aku mahu tinggalkan sepi
yang melilit tangkai hati
biarkan aku diam
biarkan aku pendam
tiada dendam
putih bukan hitam
takdir tidak ajar membenci
takdir tiada erti simpati
takdir itu tulisan Allah
Allah yang Maha Pemurah.
usah lewati dosa dan noda
sekalipun ketika usia muda
mati itu pasti.
kita tidak hidup sendiri
tidak juga seorang diri
biar harus berlari
mencari erti
jangan sampai merugi
kerana masa tidak menanti
tidak juga berganti
atau kembali.
No comments:
Post a Comment