hanya kerana Allah SWT |
assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim
tidak terasa pejam celik pejam celik hari ini sudah hari raya ke 3. kunjung mengunjung masih lagi diteruskan. biasalah juadah hari raya yang tinggi kolestrol menjadikan aku mengantuk dan otak tidak mampu berfikir untuk menulis puisi. pagi tadi, ahad 12 september 2010 aku terbaca puisi oleh Che Soo Ismail, Alor Setar, Kedah. bagiku, walau pun puisinya singkat tetapi padat dan tepat. aku salinkan di sini untuk kita hayati bersama.
Suara Dari Saf Bangsa
Apabila menghitung kuasa
sisihlah megah, lontarkan bongkak
yang menjulang fitnah
agar genggaman tidak tiris
di celah jabat muslihat.
Rukuklah, sudutlah di saf yang sama
rayukan hasrat, tadah Nur cinta-Nya
sirnakan fitnah dengan satu suara
demi agama dan bangsa kita.
- CHE SOO ISMAIL
Alor Setar, Kedah.
p/s : jauh di sudut hatiku berkata...
tiada majunya negara
kalau di hati penuh sengketa.
tiada ruginya kita
kalau di hati se ia sekata.
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment