Thursday, July 29, 2010

tersenyum melihat sebuah tewas oleh hati yg keras.

sabar itu kemenangan yang mutlak

nyanyian sang malam
dicemar tangis diam
menjadi suram.
dendam bagaikan tidak padam
kejam menikam
mencerna hati menjadi hitam.

canda bersulam sinis
jengkil di bibir yg manis
menggores menghiris

fana menghela nafas ketawa
puas membakar mencalar
tidak sedikit pun dihirau
biar kacau bertambah kacau
asal hati iri terisi
lega menyakiti.

semoga engkau tersenyum puas
melihat aku yg tewas.

puisi ini membayangkan bagaimana si penulis sering disindir lantaran dendam yang tidak mudah terpadam terhadapnya di atas teguran penulis. penulis tetap pasrah dan berserah kerana sudah menjadi kewajipan penulis menegur kesilapan dgn hati yg penuh ikhlas. 

p/s : sabar itu sangat penting untuk berjaya.

1 comment:

pudica said...

Alat. Dendam
adakah keduanya sama terpendam
satu hati mula terpisah
itu punca segala resah

selama mana difikir dikaji
sedalam itu jelas sekali
sejak mula awal terjadi
menahan pedih dihulu hati

berkali berulang begitu begini
tak bisa ditinggal, diperlu lagi
untuk apa merajuk dihati
susunlah ia pahala dicari

tidak mungkin dibiar derita
disimpan juga jgn terseksa
tumbuhnya dahan pokok berbeza
redha ia akar yg sama

semai tuai peluh berjurai
habis usaha keringat tergadai
menjeruk angan dendam tertunai
jadikan alat bahan merungkai

cuba mencuba tidak tercapai
maksud hati bagai tak sampai
langkah kini semakin longlai
dipandang tidak, semakin terabai

Ya Allah Ya Tuhanku
insan kecil mengharap padaMu
berikan ruang tenang disitu
menanti ampunan cinta yg satu

mungkin tidak disini
kasih itu sebagai bukti
terlepas segala kusut dihati
mengharap hanya cinta abadi

Disana,
segala terbentang luas semesta
diluar tabir setiap manusia
pengorbananmu dipandang mulia
insan tabah takut berdosa
dahulu dihina, maruah terbela..selamanya

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?