tidak pernah lupa bumi sekalipun mampu terbang tinggi |
bukan kerana ingin bebas terbang
tapi senang dapat menyenangkan
mencari makan pagi dan petang
dan tidak pernah lupa sarang.
aku mahu persis burung
membesarkan anak sampai terbang
sekali pun tidak menjanjikan pulang
aku mahu persis burung
mengembirakan hati yang memandang
biar mereka lihat awan bila aku terbang
dan melihat laut tatkala aku menyelam
nikmati hijau hutan bila berkicauan
aku mahu persisi burung
yang tidak takut mati
kerana mati itu pasti
tidak takut pijak bumi
sekalipun aku mampu terbang tinggi.
orangbiasa\101010
Ya Rabb, kepada-Mu jua tempat sebaik-baik untuk aku kembali.
2 comments:
Salam ibu,
Ida pun kadang2 rasa nak jadi burung. Seronok je rasa tak yah fikir apa2, dapat tengok keindahan di bawah dari langit tinggi.
Tapi selalu juga ida rasa, dari tempat yang tinggi sebenarnya mereka lebih nampak kepincangan di bawah.
Betulkan bu ?
nak jadi burung iye...si bella (dua2 bella) aim aje huhu
Post a Comment