Wednesday, January 12, 2011

selagi termampu.

credit to maxis
aku panggil namamu ibu,
ketika aku rasa aku sudah tidak mampu.

aku panggil namamu ayah,
seketika aku semakin payah.

aku panggil nama-Mu Ya Allah,
tatkala aku rasa aku hampir kalah.

semoga aku tabah.

tiada satu pun tinggal
terungkai usai
maruahku kau gadai.

kamu jahat
mahkotakan jahat untukku.

kenapa silapkan aku
mahu menutup silapmu.

Ya Tuhan
Kau lihatlah dan
Kau perlihatkanlah.

orangbiasa\07012011

9 comments:

Encik MamaT said...

semoga tabah kak ct...

ghost said...

nama orang2 yang tercinta pasti menjadi nama yang terakhir keluar dari mulut kita tatkala semuanya tampak berakhir bagi kita...

ctpayong said...

alahai la bisk. kamu bicara gitu buat hati lagi sayu. benar sekali tekaan kamu bisk.

ctpayong said...

terkadang-kala kekuatan sebegini terkumpul dari kata semangat rakan maya. terima kasih en mamat.

NAJ HEBAT said...

merintih pada Tuhan. Tak ternampak pada zahir. Tapi luka sedikit sedikit sembuh. Semangat sedikit sedikit bercambah. Pulih semula. Bangkit.

Tuhan sentiasa ada.

Amri Abd Rani said...

kata dan luahan memeberi sejuta makna...dalam dan tersirat..

nurul rasya said...

Terbaik!

Amri Abd Rani said...

semoga tabah,
semoga tidak rebah,
dalam memamah,
hidup ber'ummah'....

Ati Masrif said...

as salam

kenapa ni...bersedih saje

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?