Bismillahirahmahnirahim.
Assalamualaikum serta selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
"Cahaya" - tiadalah apa yang dapat menahannya kecuali Dia. |
MAHAR CINTA
aku menulis kerana rindu
sakitnya hingga ke tulang kalbu.
aku menangis kerana cinta
yang kau bawa ke dunia sana.
jika laut menjadi bumi
bulan bertukar wajah mentari
kaki langit pun ditemui
aku tidak pernah melupaimu
masihkah dikau mengingatiku.
tidak mungkir kudoaimu
menemani kasih ke hujung nyawaku.
setiap detik ku hitung zikir
selaut bingkisan serahan hati
surah quran yg kau janji
sebagai mahar cinta suci.
selawat ke atasmu
muhammad saw nabiku
dimanakan ku cari gantimu
yg tetap tanya tentang aku
hingga ke penghujung nyawamu.
p/s : aku lupa siapa punya. betul aku lupa.
1 comment:
tidak pernah berubah hatiku sekalipun dunia berubah sama sekali untuk tidak mengingati dan menjunjungmu Muhammad...
Post a Comment