Kepada-Mu Illahi
aku sujud merendah diri.
Berkira-kira antara dosa dengan pahala
yang mana berat atau ringan timbangannya.
Sedang aku tidak pasti
apa cagaran diri
bila bertemu dengan-Mu nanti.
Esok atau pun lusa
tiada tentu tidak noktahnya.
Telah Engkau tulis,
yang di sebut-sebut takdir
tidak se indah di kotak fikir
di pandangan mata zahir.
Ada waktu aku tidak mampu setuju.
indahnya Qada' dan Qadar-Mu,.
kerana tidak tercapai akal
maka aku terus-terusan menyangkal
menjadikan aku sedikit benak dan bebal.
Ya Rabb, ampuni aku
yang sering membelakangi batas syukur.
maafkan aku apabila kadang kala
aku terlupa dan terleka.
orangbiasa\17092010
11 comments:
selamat tahun baru awk..
muhasabah diri..
@PU ) kakCT tak pernah lupa berdoa agar Allah sentiasa mahu ampunkan dosa2 yg kita lakukan dlm sengaja atau tidak.
ya Allah..peritnya...
Salam MaulidurRasul... =)
salam akak..
taqdir itu sangat indah jika kita berjaya merungkainya..
jika kita mengetahui dan menilai setiap titik perjalanan kehidupan kita.. kita akan sedar alangkah indahnya takdir Allah untuk kita..
muhasabah
astaghfirullah...
sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
hmmmm
best...
sama2 lah kita memPUISIkan ruangan blog ni...
Post a Comment