Friday, November 2, 2012

takdir dan pilihan

jalan kiri
jalan kanan
jalan itu telah pun ditentukan
dan takdir bukan pilihan.

akal dan fikiran itu anugerah.
nafsu dan perasaan itu nikmah.

memilih untuk beriman itu pilihan.
memilih kesesatan juga pilihan.

rahsia dalam rahsia-Nya
telah ditetapkan
takdir jangan dipersoalkan.

korbankan nafsu itu pilihan.
korbankan perasaan juga pilihan
kerana takwa
kerana iman.

orangbiasa

Jumaat, 10 zulhijjah 1433
bersamaan 26 Okt. 2012

18 comments:

UniMeOw said...

yup...semuanya adlh pilihan.. so rjin2 la bdoa,,smoga kta dberi hidayah utk mbuat pilihan yg tepat..amin..

:)

ctpayong said...

terima kasih - singgah & comment.

ghost said...

puisi ini sangat membuka pilihan. dan pilihan itu sangat mudah namun sukar melakukannya. kerna kekuatan pilihan terletak pada iman. akal hanya menimbang, perasaan hanya gangguan.

ctpayong said...

taubat jika tahu 'ter'silap itu pilihan yg lebih baik dari pasrah dalam sesat.

Hanis Azla said...

salam..

sangat indah dan sangat membuka minda.. terima kasih kerana sudi mengingatkan.. kita yang kadang kala terlupa juga terkhilaf.. dalam membuat pilihan juga dalam mengatur langkah kehidupan..

Unknown said...

Salam, macam kenal la sapa ni cik ctpayong... huhuhu

thanks sbb selalu singgah bahasa3dunia dan komen kat sana.. Cuma 1 je masalah yg selalu berlaku.. cik ctpayong komen dlm "blogger".. Dira dah switch on guna intense debate untuk ruangan komen since mula ada blog.. Kalau boleh, cik ctpayong pun komen la dalam "intense debate", baru dapat gather dgn komentator yg lain.. baru meriah.. hehehehe ---terdemand la puloks--- ngee


cantik puisi. Dira suka ^_*

محمد رازيق said...

pilihan itu harusnya lebih dari satu. ujian besar tika memilih adalah hanya SATU yang mampu dipilih.

menarik

محمد رازيق said...

dtg sekali lagi kak

hanaahmad said...

Pilihan ada di mana-mana, dan utamanya pada kita untuk jadi pemilih.

:)

LadyBird said...

takdir itulah ketetapan yang terbaik tuk kita..

ctpayong said...

macam susah je nak comments kat intense debate tu.

mmg kakCT rajin merayau kat B3D

ctpayong said...

betol tu sebab kita pon kerap tak perasan. dan apa yg kakCT selalu tanam dalam hati ialah terima teguran untuk kebaikan.

kalau tiada berkaitan, kita wajar abaikan.

ctpayong said...

bila kena pilih 1dari 2....dahlah pilih 1 pulak tak banyak pilihan.

istikharah itu lebih tepat kan.

ctpayong said...

silakan! silakan! datang ke sini selalu pun takpe. sangat dialu-alukan (mcm salah aje ejaan kakCT)

ctpayong said...

kekadang xtahu nak pilih yg mana satu. rambang mata atau tamak haloba....uwaaahhhh. payahhhhh

ctpayong said...

sokong 100%

محمد رازيق said...

hehe.sy dtg selalu ni kak ct. tunggu entri baru akak. hehe

ctpayong said...

hahaha...idea xmo mari. insya-Allah sehari dua lagi.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?