Tuesday, January 1, 2013

senyum

kalah
kalah lagi
realiti kalah
mimpi kalah
bila aku dapat menang?

aku menang
dalam hati tapi

senyum
puas
dan sebenarnya
aku tidak pernah kalah
bila hati tidak kenal marah.

oh
begitu
barulah aku tahu
kenapa senyum itu perlu.

orangbiasa\311212
dusunkota.

senyum itu sunnah
senyum itu ibadah

12 comments:

Penulis Rindu said...

salam singgah pagi

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Senyuman kita adakala ubat hati yg paling mujarab

ctpayong said...

assalamualaikum wbt dan selamat pagi juga buat kamu...

ctpayong said...

setuju!

ghost said...

aku suka lakukan itu, senyum meski marah.

Amri Abd Rani said...

Senyum itu sedekah...

Salam tuan rumah.
Moga dirahmati...

ctpayong said...

bagus sekali kalau aku mampu begitu. malangnya, aku menangis bila selesai marah.

ctpayong said...

mualaikumsalam pakwi.

rindu nak baca puisi baru pakwi!

hanaahmad said...

senyuman itu cukup untuk mengubat segala. cukup.

ctpayong said...

senyum...di situlah terkumpul segala.

LURZAN TAZA LIMAJ said...


senyumanku hilang sejurus selepas gagal memiliki rumah idamanku, huhuhuuu....

Amri Abd Rani said...

kalah di sini tidak mengapa.
jangan kalah di SANA....

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?