Monday, December 20, 2010

tulisan-Mu

thank you google
aku sujud merendah diri
berkira-kira antara dosa dengan pahala
yang mana berat atau ringan timbangannya.
sedang aku tidak pasti
apa cagaranku
bila bertemu dengan-Mu.

esok atau pun lusa
tiada tentu tidak noktahnya
segalanya telah Engkau tulis
yang di sebut-sebut takdir
tidak se indah di kotak fikir
pun tidak ceria di mata zahir.

andai ada kala aku tidak mampu setuju
Qada' dan Qadar-Mu
kerana tidak tercapai akal
maka aku terus-terusan menyangkal
menjadikan aku sedikit benak dan bebal.

Ya Rabb, ampuni aku
yang sering membelakangi batas syukur
maafkan aku apabila kadang kala
aku terlupa dan terleka.

orangbiasa\17092010

12 comments:

Encik MamaT said...

itu la.. alahai... kerdilnya d iriku....

Lydia Miza said...

mmg kita sering terleka..

ghost said...

puisi yang keren dan penuh kesedaran.alangkah tenangnya hati tatkala merendahkan diri di depan-NYA.

Pendekar Berkuda said...

..diri hanya insan biasa..
..lembut gigi dari lidah..
..namun tatkala bermain madah..
..lembut jari dari amarah..

..satu akal, sejuta makrifah..
..siapa tahu apa ulah?
..kerdilnya insan di sisi ALLAH...

Penulis Rindu said...

semoga...kita sentiasa..dapat sujud kapadaNya

ctpayong said...

salam en mamat

zahirnya seperti kudrat kita sebenarnya tidak ada maknanya.

ctpayong said...

salam LM

mmg...terlalu mudah lupa.

ctpayong said...

salam bisk
tidak rugi kalau aku menangis di hadapan-Nya

ctpayong said...

salam pendekar

benar katamu..semoga tidak jemu menegur aku

ctpayong said...

salam abu luqman
begitu juga harapanku.

Unknown said...

sy jgk mahu d tgor kalo ada kesilapan x disangka..

Jef Hadi said...

like!

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?