Monday, August 30, 2010

Malaysiaku Merdeka.

Malaysiaku Merdeka!


31 OGOS menjengah lagi.


Bagaikan sudah menjadi tradisi
dada akhbar sarat terisi
cerita tentang sejarah silam
supaya tertanam dalam dalam
susah senang merdeka digenggam.


Ramai yang gah menyambut merdeka
seramai yang tidak peka dan tidak kisah.
Akibat dari berbondong-bondong idea
yang memuja dan memuji
mahu pun yang mencerca atau mencaci
tentang malaysia hari ini.


Suatu perkara yang wajar diingatkan
tentang sukarnya menyahut cabaran
tanah air yang inginkan kemerdekaan.
Kata seloka disulam di anyam
sehingga merdeka berjaya di genggam.


Wahai Malaysia serta isinya
usah pandang remeh usaha yang jerih
kerana ia datang dari hasrat yang jernih putih dan bersih.


Tanamkan di hati dalam dalam
hari ini bermula dari hari semalam.
Merdekakan hati dari iri
caci
dengki
atas erti merdeka yang dikecapi
serta nikmat kemerdekaan yang dirasai.


31/08/2010
orang biasa


P/S : untuk aku, selamat hari lahir hanna, engkau telah menambah satu lagi bilangan pada angka usiamu.

2 comments:

Suara Kalbu said...

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Kak Hanna.

Semoga akak sekeluarga dilimpahkan rezeki, ketenangan, kerahmatan, kebahagiaan, kesihatan, keredhaan yang tak putus-putus dari Allah SWT.

ctpayong said...

terima kasih ida...cam nak sedih dapat anak instant neh.

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?