Wednesday, August 25, 2010

usah biarkan amarah memisahkan kita.

kerana amarah kita bersengketa
amarah juga cetuskan telingkah
usah peduli hasutan hati berahi keji
berantakan bergaduh dan berkelahi.
kita sekadar menumpang
dimana bumi dipijak di situ langit ditupang
diangkat menjadi "khalifah" Allah
bukan dipersenda bukan juga dipermudah
ia amanah yang harus ada penyudah
yang tidak mudah dan tidak juga susah.


aku di sini manusia kecil
orang biasa hidup nun terpencil
namun aku punya lidah
yang harus aku jaga dan berwaspada
aku juga punya pena
tapi tidak sampai ke mana
kerana tiada nama
aku terus mahu berkarya
walau tiada harga
walau tidak ke puncak menara
semoga yang terbaca
khabarkanlah
ayuh, sama-sama nyahkan sengketa.

1 comment:

mimo794 said...

menyesal dan penyesalan
seekor kuman memusnah impian
katanya manis hakikat insan
mudah alpa, ku anggap khayalan

mainan lalu ku sandar sementara
angan sebentar sendiri ia
ku sedar pilihan bukan dirinya
pulangnya puteri pasti beraja

menulis bahgia hati menangis
tergambar hampa jelas terguris
tiada alasan segala terhakis
teguh janji dimana tertulis

Insan (manusia) adalah hina sejak asalnya, lahir dr tempat kotor, makanannya darah, hina teramat hina dr dunia yg tidak bernilai disisiNya

Sengketa..
entah mana munculnya
ibarat tiada punca
tiada tunas
tiada ertinya

apa lebih percaya
percaya demi siapa
mungkir bukan matlamatnya
terbuang tanpa kata kata..

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?