Friday, September 3, 2010

ajarkan aku diam.

ketenangan itu menjadi milikku ketika aku bersama-Mu

amanah tetap aku gendong
walau kaki acap tersadong.

amarah amarah amarah
gagah memamah meratah tabah.
bongkak mencakar mencalar sabar.

mencela warna iman
putih kepada kelabu kehitaman.

mahu saja aku memburu
dengan seribu maki keji.
aku juga yang akan rugi
apabila titik hitam tumbuh di hati.

terkadang keliru datang bertamu
menerejah menyerabutkan kalbu
menjadi buntu tidak menentu.

sumpah seranah ketika marah
tidak mampu aku padam
tidak mampu juga aku pendam.

wahai teman
ajarkan aku diam
agar aku miliki tenteram.

4 comments:

MAZHA said...

salam, sila diam...?????

ctpayong said...

hahaha... tapi tetap mahu menulis!

0129931859 said...

menulis bahasa luka melerai rantai tak terikat malah tersimpul penggerak hati menjadi nadi terkadang wujud jelas ada ku sangka ghaib entah kemana...ku percaya ada tetap disitu walau menjadi tugu

sephia said...

"The quieter u have, the more you hear" - tp jgn samapai bisu terus sudah la..selamat har raya pun takde ke?

Maafkan Aku JIKA..

Kita bercerita bagaikan sudah kenal lama tetapi di akhir bicara aku bertanya, by the way, siapa nama kamu?

Kita bercerita tentang rahsia yang menyentuh jiwa, suddenly airmataku jatuh di pipi.

Aku minta "excuse" untuk ke kedai runcit berhampiran untuk membeli whiskas atau friskies sebab tidak sampai hati lihat kucing yang tidak bertuan minta makan.

Bolehkan maafkan aku ?