Merapi lambang peribumi.
thank you google |
muntahkan lahar dan debu
hati sayu
iringi tangis dan sendu.
Lahar dan awan panas
cukup ganas
tidak mampu digalas
hingga ramai yang tewas.
Ya Tuhan
Engkau titipkan Merapi
untuk kami di bumi
gah tegak berdiri
se gah lambang peribumi
dan hanya Engkau yang mengerti
atas angkara ini.
Angkara ini
pamit lagi
agar kami kembali
bertaqwa kepada-Mu Illahi.
api Merapi yang berani
thank you google |
lagenda dan mitos yang dikongsi
agar iman mengisi hati
patri indah nama-Mu Ya Rabbi.
orangbiasa-6112010
Semarang, Indonesia.
ulasan :
aku lewat ke sini tanggal 6 Nov. 2010 kerana tugasan. melewati Klaten dan Boyolali antara petempatan yang parah kerana musibah gunung berapi Merapi. aku sempat rakamkan gambar debu dari letusan Merapi yang memutih memenuhi jalan yang aku lewati seperti gambar-gambar oleh ctpayong
6 comments:
oh,..
akak g ctu ke?
Ibu,
Hari tu tengok dalam Majalah 3 pasal Merapi ni..Aduhaii... seram sejuknya. Terbayang trauma yang menghantui penduduk kat sana.
Kiat di sini yang bebas bencana alam seperti ini masih lagi tak mahu bersyukur
> fello ariza : a'ah..tak le pulak menjangka yang dia (merapi) mengamuk lagi kali ke 2 pada 5/Nov/2010.
mmg pucat lesi kak ct.
> suara kalbu : bila selamat sampai malaysia...balik rumah terus buat sujud syukur.
ole-ole ada...tungguuuuuu.
boleh tahan ctpayong nih menghasilkan puisi,ada sedikit getar di alunan pembacaan puisi nih..tapi lebih telus terus kepada keinginan hati..kejadian ini mengingatkan kita pada pencipta-NYA..pada DIA yang berkuasa mencipta kita.Itu kejujuran yang boleh dilihat secara langsung pada puisi ini.Tidak diberatkan dengan bait yang simbolik.its amazing..
> biskut : arwah ayah kak ct pesan, jgn sesekali buat puisi yang melalaikan melainkan buat untuk menyampaikan peringatan dan pesan Tuhan.
Post a Comment